THROUGH MY VISIONS
Wednesday, 3 October 2012
Thursday, 20 September 2012
MAKNA DALAM JIWA SEORANG ANAK
Syair Mata Ayah oleh Usman Awang
Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa sebab derita itu adalah dia.
Penyajak bagi sajak mata ayah banyak bermain kepada fizikal ayah untuk menerangkan keadaan waktu itu. Dia menggunakan mata sebagai simbol utama. Mata merupakan pintu hati. Pintu yang membuka kepada apa jua yang terdapat dalam pemikiran dan perasaan seseorang. Dalam rangkap pertama sajak ini, penyajak membawa pembaca untuk menyelami perasaan seorang anak apabila pulang ke kampung dan disambut mesra oleh si bapa. Keadaan si ayah diceritakan dalam rangkap kedua. Anak melihat bahawa ayahnya mempamerkan keletihan yang amat sangat. Umur tua telah menampakkan diri. Dalam rangkap ketiga, anak dapat merasakan bahawa ayahnya begitu ramah melayan dirinya walaupun ayahnya itu tinggal seorang diri di kampung. Dalam rangkap ketiga ini juga memberitahu bahawa ayah penulis ini merupakan seorang penanam padi dan ditunjukkan pada baris akhir iaitu meminta ku pulang menikmati beras baru. Dalam rangkap terakhir, penyajak menyatakan bahawa adalah tanggungjawabnya untuk merasakan kesusahan dan kepayahan ayahnya. Dalam rangkap ini juga, penyajak mencerminkan bahawa ayahnya seorang yang teguh imannya dan kepercayaannya kepada tuhan. Kecekalan ayahynya juga dinyatakan dalam baris terakhir sajak ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)